Wednesday, May 22, 2013

ABI



Assalamualaikum

kehadapan Abi yang teramat saya sayangi. tulisan jemari ini, entah bila Abi berkesempatan untuk kemari dan membaca segala isi cerita. Kesibukkan kerja dan kesuntukan masa Abi sebagai pelajar, sedaya upaya cuba saya fahami dan menjadi teman yang fleksibel dengan situasi.

Abi, perjalanan kita, sudah jauh melangkah masa demi masa. Janji yang kita patri, hanya 2 tahun sahaja untuk dimeterai. Sungguh , jika diminta ulangi semula perjalanan ini, terasa tak mampu.
Bermacam cerita, dugaan dan pahit manis menjadi warna pendakian kita.

Abi, doa ku . setinggi gunung. seluas langit. selebar bumi. Bersama kita menjaga kurniaan ini.
bersama kita menjaga
kesetian
kepercayaan
kasih sayang
ingat mengingati.


Amin.

# Selagi ada rasa cinta Abi terhadap diriku, selagi itulah tempat ku disini. Jika suatu hari, hilang rasa cinta dihati, lepaskan ku dengan cara yang baik-baik.






0 isi hati berkata- kata: