Tuesday, February 25, 2014

JAUH




kita berjumpa, berkenalan dan menjadi kawan tanpa diminta
tanpa diduga
dari niat gurauan
mempertemukan kita ditempat yang kekal menjadi kenangan

dengan tekadmu mendekati aku
dengan sabarmu menahan kerenahku
akhirnya membawa kita di perjalanan yang sejauh ini

tahun ini mungkin menjadi tahun paling bahagia
buat kita berdua
dari berkenalan, bakal menjadi tunangan.
sekarang kita berdua, kelak nanti kita bertiga
dan untuk masa-masa yang akan datang
kekalkan hubungan ini berpanjangan
kerana isi dan kuku jika dipisahkan
menjadi perit yang tak kan tertahan.

ikhlas dari rasa hati:
muny lily


I-city Shah Alam







Mid valley Kuala Lumpur
















Friday, November 29, 2013

SERIBU TAHUN


Relaku menunggu mu, seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia...

Relaku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia..

* Hello..cik muny ade?


Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia..

Saturday, November 23, 2013

Syukur ke hadrat Ilahi

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..masih diberi peluang untuk menikmati alam ini agar perjalanan hidup ini dapat diteruskan untuk mencapai matlamat di dunia dan akhirat.

Dah lama tak update kat blog ni..almaklum lah..sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tahun ini merupakan tahun akhir saya sebagai seorang pelajar..InsyaAllah..mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

Hubungan kami? alhamdulillah.. sudah hampir 6 tahun 7 bulan kami berkenalan..semua baik-baik sahaja.. Gaduh-gaduh manja tu biasa la kan..benda normal untuk sebuah perhubungan.. Hari demi hari kami baiki kelemahan masing-masing yang ada.. syukur semakin hari semakin kami makin menyesuaikan diri dalam perkenalan ini.. Cik murni pun semakin memahami keadaan saya..almaklum lah masing-masing berjauhan.. seorang di semenanjung n sorang lagi di Borneo..berjumpa apabila cuti semester sahaja..

Kepada cik murni.. kerja di tempat baru tu elok2 ye.. Fokus dalam membuat sesuatu perkara..rajin2 tau, jangan malas2.. Pesanan yang last sekali, solat lima waktu jangan tinggal tau..kewajiban 2 kena jaga.. Mudah-mudahan kerja itu membawa berkat dan hidup ini akan disayangi Allah swt...

okey..bye2...senyum sokmo okey...Assalammualaikum.. :-D

*Gambar cik Murni (5.11.2013)






Wednesday, May 22, 2013

ABI



Assalamualaikum

kehadapan Abi yang teramat saya sayangi. tulisan jemari ini, entah bila Abi berkesempatan untuk kemari dan membaca segala isi cerita. Kesibukkan kerja dan kesuntukan masa Abi sebagai pelajar, sedaya upaya cuba saya fahami dan menjadi teman yang fleksibel dengan situasi.

Abi, perjalanan kita, sudah jauh melangkah masa demi masa. Janji yang kita patri, hanya 2 tahun sahaja untuk dimeterai. Sungguh , jika diminta ulangi semula perjalanan ini, terasa tak mampu.
Bermacam cerita, dugaan dan pahit manis menjadi warna pendakian kita.

Abi, doa ku . setinggi gunung. seluas langit. selebar bumi. Bersama kita menjaga kurniaan ini.
bersama kita menjaga
kesetian
kepercayaan
kasih sayang
ingat mengingati.


Amin.

# Selagi ada rasa cinta Abi terhadap diriku, selagi itulah tempat ku disini. Jika suatu hari, hilang rasa cinta dihati, lepaskan ku dengan cara yang baik-baik.